Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak Part 2



Filed under : Perak

Sambungan dari http://www.cuti1malaysia.com/perak/telok-dalam-resort-pulau-pangkor-perak-part-1/

Sampai di Jeti Telok Dalam Resort dan ada Van Dari Telok Dalam Resort menagmbil kami. Sebaik check in, perut terasa lapar.  Kena la juga makan di Cafe didalam Resort. Perghhhh mahal tul nasi goreng nya.

Harga Nasi Goreng Di Cafe

Susunatur Cafe Di Telok Dalam Resort

Kemudian, kami terus ke chalet kami. Beginilah keadaan chalet kami. 2 single bed but puas hatilah.

Chalet Kami No. 238

Didalam Bilik 238 :)

Selepas puas berehat, kami pergi bersiar2 di kawasan resort. Pergi ke pantai, pergi ke swimming pool, pergi ke lobby dan tengok tengok sekitar chalet lain. Balik berehat ke chalet sehingga waktu makan malam.

Pandangan Swimming Pool Dari Jauh

Tepi Pantai Di Telok Dalam Resort. Tempat Senario The Beach Boys Berlakon tuh…

Apabila makan di Cafe, lauk pauknya boleh tahan sedap. Tetapi selama 3 hari berada disini, lauk nya lebih kurang sama sahaja. jarang nampak ia bertukar tukar.

Malamnya, kami bersiar siar di sekitar resort dan tepi pantai untuk tengok keadaan waktu malam. sungguh indahnya ciptaan tuhan! Tak tahu apa nak buat lagi, terus balik chalet dan tidur.

Hari Kedua di Telok Dalam Resort Pulau Pangkor

Pagi yang indah ini kami mulakan dengan bersarapan di Cafe.  Makan sepuas puasnya kerana lepas itu kami akan pergi menjelajah sekitar pulau :) Kiranya sebagai bekalan untuk tenaga.

Sebelum keluar berjalan, kami mandi pantai dan mandi kolam dulu. Dah puas mandi dan berenang baru kami menyewa motorsikal untuk tempoh 24 jam. Servis sewa motor terdapat di chalet tersebut. Kaunternya bersebelahan swimming pool di Telok Dalam Resort.

Nak tahu kami kemana? Tunggu bersama coretan kami disini…..

Kami memulakan perjalanan dengan mencari stesen minyak. Minyak motor memang dah kering. Tahu aja lah, motor sewa kan. Dalam perjalanan singgah kejap kat Pangkor Village Beach Resort di Pasir Bogak. Sebaik habis mengisi minyak di pekan, kami mula pusing  sehingga ke kilang membuat makanan kering hasil dari ikan. hanya tinjau tinjau sahaja dari luar. Kemudian singgah ke jeti pulau pangkor. Ambil 2-3 keping gambar di jeti dan gambar teksi pink (sebenarnnya van).

Pangkor Village Beach Resort

Perhentian Kereta Sewa, Jeti Pulau Pangkor

Teksi a.k.a Van Pink

Kilang Satay a.k.a Makan Kering Hasil Laut. Bukan Satay kajang tu ya :)

Banyaknya Makanan Kering Hasil Laut. Ikan Bilis Dan Udang Keringnya Amat Sedap. Rugi Tak Beli!

Singgah di pekan Pasir Bogak. makan makanan goreng2 sambil tunggu hujan berhenti. beli baju sebagai souvenir di kedai tepi tepi jalan.  Berhenti di High Point View dan naik menara. Singgah pula di pantai Telok Nipah untuk ambil gambar. takut nak mandi sebab ombak kuat dan hujan renyai2.

Pemandangan Dari High Point View

Signboard Kota Belanda

Kota Belanda

Kami balik dalam keadaan hujan renyai.

Hari ini cuacanya tidak berapa baik. cuacanya suram dan kadang kadang gerimis. Tetapi kami redah sahaja. Balik chalet mandi kolam lagi dan berehat di chalet. Hari ini amat penat berjalan. Selepas makan malam, kami bersiar siar di lobi sahaja dan kami tidur awal malam tersebut kerana kepenatan.

Teruskan membaca perjalanan kami pada hari ketiga untuk Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak Part 3….

Leave a reply

Travel Talk

Travel Views

P1030584 Serai Peha Ayam - Rumpun Sedang Berkembang Serai Peha Ayam - Gemuknya, 1 rumpun aja tu. Abun Menggali Kolam Kolam Sedang Digali Untuk Sumber Bekalan Menyiram Serai Peha Ayam Serai Peha Ayam - Bahagian Belakang / Fasa 2 Ulat Perosak Serai- Gambar 1 Ulat Perosak Serai- Gambar 2 Ulat Perosak Serai- Gambar 3

Backpack