Sebenarnya tarikh bercuti ke Telok Dalam resort, Pulau Pangkor pada 9 Disember 2007 sehingga 11 Disember 2007. Memang dah lama tapi nak reveiw juga sewaktu pergi ke destinasi dahulu. Maybe jika pergi lagi sekali ke lokasi sama, saya akan review semula
Berikut adalah Atucara Ringkas waktu kami pergi:
1. 9/12/07 = Bertolak ke Jeti Lumut. Sampai di Jeti sekitar jam 1.30PM. Sedang2 elok la sebab check in kat Telok Dalam Resort pada jam 3 ptg. Sampai di Telok Dalam Resort dalam 2.50PM. Lapar pulak tu, makan nasi goreng di restoran dalam resort, surver sekeliling resort & balik chalet berehat. Malam pergi makan dan pusing2 sekitar resort dan balik tidur.
2. 10/12/07 = Yeah… sarapan pagi kemudian bersiar siar di tepi pantai. Sewa motor untuk keluar ke pekan dan Pantai Telok Nipah. Jalan2 tengok sekitar pulau dan isi minyak motor. Balik chalet sekitar jam 3.00 PM mandi kolam pula
kemudain mandi laut disebelah chalet je, kemudian berendam balik dalam kolam
mau kecut badan.
3. 11/12/07 = Seperti biasa pergi sarapan pagi, kemudian mula berjalan di sekitar pulau. Mula2 kami pergi ke Dutch Fort atau Kota Belanda berhampiran pekan Pangkor. Kemudian singgah ke kilang satay / ikan masin / makanan laut kering. Sempat la sambar makanan ringan dan bilis pulau pangkor. Sedap tu ikan bilis kat sini. Fresh punya. Pergi ke pekan lalu jalan jauh iaitu melalui Airport-Pantai Telok Nipah-Pekan Pangkor. Sewaktu balik kami lalu jalan bukit memang tersangan curam. Takut betul la jalan tu, tapi teksi disini bawak cukup laju lalu jalan bukit. Lalu jalan ini memang dekat untuk balik ke Telok Dalam Resort. Tapi cukuplah sekali lalu sini. Tobat taknak lalu dah
Makan tengah hari di resort dan kemudian pulang motor sewa dan balik chalet untuk berkemas pulang.
Sekarang saya akan review secara lebih jelas lagi
Kami ambil pakej 3 hari 2 malam untuk 2 orang melalui “PANGKOR ESCAPADE PACKAGE” Ghazain Hotel Management sdn. bhd. Harga RM470.00 termasuk feri pergi balik dari lumut ke Pulau Pangkor dan jetty transfer pergi balik antara jeti telok dalam dan Telok Dalam Resort. Boleh hubungi syarikat di:
Teluk Dalam Resort
Ghazain Hotel Managemnet Sdn Bhd
No. 3-9-10 Perdana Emerald
Jalan PJU 8/3, Bdr Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03-7713 5300 Fax: 03-7713 5600
Resort Office:
Teluk Dalam, Pangkor Perak
Tel : 05-685 500
Bayaran boleh dibuat kepada : Ghazain Hotel Management Sdn Bhd
No Akaun Maybank : 5080 2913 5599
Mula mula kami bertolak dari ipoh menuju ke pekan Lumut. Dalam perjalanan singgah di Shell Pekan Air Tawar membeli makanan ringan dan isi minyak kereta.

Kami berhenti Isi minyak dan berehat seketika di Pekan Air Tawar sebelum samapai Ke Pekan Lumut
Kemudian meneruskan perjalanan ke lumut. Sampai di pekan lumut, kami parking kereta di tempat letak kereta bertingkat bersebelahan Jeti Lumut.

Inilah rupanya di tempat menunggu jeti Lumut
Sampai di jeti, kami terus ke kaunter Telok Dalam Resort untuk check in dan dapatkan tiket feri. Oh ya sebelum lupa, simpan simpanlah peta ini sebagai panduan:
![]()
Peta Pulau Pangkor
.. Bersambung to part 2..










